Peguam Umum dari Ohio, A.S bernama Dave Yost telah memfailkan saman terhadap Google dengan meminta mahkamah di negara itu untuk menyatakan Google sebagai utiliti awam iaitu sama dengan status elektrik atau air.

Pemfailan tindakan sivil itu dibuat di mahkamah Delaware County. Dalam pemfailan itu tidak menyatakan sebarang tuntutan berbentuk wang.

Tetapi memohon supaya Google diklasifikasikan sebagai utiliti awam menikut regulasi kerajaan.

Dalam saman itu juga menyebut dengan mendakwa bahawa Google sepatutnya tidak meletakkan produk dan servis mereka sendiri dalam hasil enjin carian mereka.

Peguam tersebut dalam satu kenyataan berkata, Google telah menggunakan dominasi carian internet mereka supaya penduduk Ohio hanya memfokuskan produk-produk dari Google sahaja.

Google masih belum respon terhadap saman yang dihadapi mereka tetapi menerusi wakil mereka memaklumkan bahawa,

“Enjin carian Google direka untuk memberikan hasil carian terbaik dan berguna. Saman yang difailkan ini hanya akan memberikan kesan buruk pada enjin carian Google bagi menghubungkan pengguna dengan perniagaan kecil. Penduduk di Ohio juga pastinya tidak mahukan Google dikategorikan sebagai utiliti awam sama sepertimana syarikat gas atau elektrik”.

sumber: PCMag