Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkanmereka telah mengesan seorang individu yang bertindak menyamar sebagai Pengarah Urusan SKMM melalui akaun LinkedIn beliau.

Akaun LinkedIn yang menggunakan nama Danta Kunye mengandungi gambar individu yang dimaksudkan selain memaparkan jawatan palsu yang disandangnya di SKMM dalam akaun tersebut.

Sehubungan itu SKMM menegaskan bahawa tidak wujud jawatan Pengarah Urusan dalam struktur organisasi mereka.

Justeru SKMM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun yang mencurigakan kerana ia mungkin satu taktik penipuan.

Bertindak ke atas akaun tersebut, SKMM telah memaklumkan insiden tersebut kepada pihak LinkedIn untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: SKMM