Kita kini telah pun sampai ke penghujung tahun 2020. Memasuki tahun baru nanti, mungkin ada sahaja yang ingin bertukar kepada kelengkapan yang serba baharu. Antaranya juga termasuk telefon pintar baharu.

Jika anda masih lagi berkira-kira ingin memilih mana satu telefon yang bersesuaian dengan bajet, berikut disenaraikan telefon pintar bawah RM1000 terbaik yang masih berbaloi untuk anda dapatkan.

OPPO A92 – RM899 (8GB/128GB)

Tiba di Malaysia pada Mei lepas, OPPO A92 dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 665 dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Peranti dengan skrin berukuran 6.5-inci IPS LCD mempunyai sokongan resolusi FullHD+.

Bagi fungsi rakaman, OPPO A92 membariskan 4 kamera pada bahagian belakang dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP mono dan 2MP potret. Lensa 16MP pula digunakan untuk kamera swafoto.

Antara lainnya adalah dilengkapi bateri 5000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W serta sokongan imbasan cap jari pada butang kuasa.

vivo V17 – RM949 (8GB/128GB)

Genap setahun berada di pasaran pada 21 Disember tahun lalu, peranti ini dilihat masih berbaloi untuk didapatkan. Ini kerana, vivo V17 hadir dengan skrin bersaiz 6.44-inci Super AMOLED bersama resolusi FHD+. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP.

Peranti dijana oleh cip pemproses Snapdragon 675 berserta 8GB RAM dan storan 128GB storan dalaman. Untuk kamera belakang, terdapat kuad kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Lain-lain adalah sokongan imbasan cap jari pada skrin, bateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USBC.

Redmi Note 9 Pro – RM999 (6GB/128GB)

Redmi Note 9 Pro tiba untuk pasaran tempatan pada Mei 2020. Redmi Note 9 Pro hadir dengan paparan 6.67″ FHD+ berpanelkan IPS LCD. Ia dijana oleh cip Snapdragon 720G dengan padanan memori 6GB/128GB.

Peranti ini dilengkapi tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula hadir dengan sensor 32MP.

Antara lainnya adala bateri bersaiz 5020mAh menggunakan USB-C, sokongan pengecasan pantas 33W dan imbasan cap jari pada bahagian sisi.

Redmi Note 9s – RM899 (6GB/128GB)

Redmi Note 9s merupakan salah satu model dari siri Redmi Note 9. Ia merupakan peranti dengan spesifikasi yang lebih rendah sedikit berbanding Redmi Note 9 Pro.

Peranti ini juga menggunakan skrin berukuran 6.67″ FHD+ dengan panel IPS LCD. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 720G dengan 6GB RAM dan 128GB storan.

Berbeza dengan Redmi Note 9 Pro, peranti ini mempunyai kuad kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto 16MP pula ditempatkan pada bahagian hadapan.

Ia dimuatkan dengan bateri 5020mAh yang dicas menerusi pengecasan pantas 18W.

POCO X3 NFC – RM899 (6GB/64GB)

telefon bawah RM1000 2020

POCO X3 NFC merupakan peranti kelas pertengahan yang dilancarkan pada September lalu. POCO X3 NFC mempunyai skrin paparan berukuran 6.67 inci LCD dengan resolusi Full HD+ dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Antara spesifikasi lain yang ditampilkan pada peranti ini adalah sokongan kadar segar semula 120Hz, cip pemproses Snapdragon 732G, bateri berkapasiti 5160mAh dan sokongan pengecasan antas 33W menerusi port USB Type-C serta pembesar suara stereo.

Dari segi kamera, X3 NFC dimuatkan dengan tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Kamera swafoto pula ditempatkan pada paparan berlubang dengan sensor 20MP.

Tips: Jika mahu mendapatkan POCO X3 NFC 6GB/128GB pada harga bawah RM1000, tunggu sahaja waktu jualan murah nanti seperti jualan akhir tahun, jualan 1.1, 2.2 dan sebagainya. 

Samsung Galaxy M31 – RM999 (6GB/126GB)

telefon bawah RM1000 2020

Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci Super AMOLED bersama resolusi FHD+. Peranti ini dilengkapi cip Exynos 9611 dengan memori 6GB RAM dan 128GB storan.

Untuk kamera, terdapat 4 lensa di bahagian belakang yang menempatkan 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Kamera swafoto pula disertakan dengan sensor 32MP.

Peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 15W.

realme 6 – RM999 (4GB/128GB)

realme 6 hadir untuk pasaran tempatan pada Mac yang lalu. Peranti ini dilengkapi skrin bersaiz 6.5 inci LCD dengan resolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 90Hz. Terdapat rekaan berlubang pada penjuru atas kiri yang menempatkan kamera 16MP.

realme 6 dijana cip pemproses MediaTek Helio G90T dengan RAM 4GB dan storan 128GB.

Rakaman bahagian belakang pula ditugaskan kepada empat kamera yang diketuai oleh 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP potret.

Realme 6 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300mAh dan untuk isian kuasa, ia menyokong pengecasan pantas 30W.

realme 7i – RM999 (8GB/128GB)

telefon bawah RM1000 2020

Berbanding realme 6, terdapat beberapa perbezaan pada realme 7i yang mungkin membuatkan anda memilih peranti ini atau sebaliknya.

Kelebihan realme 7i sudah tentu pada memori yang dimuatkan dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. realme 7i dijana cip pemproses Snapdragon 662.

Peranti ini dilengkapi skrin paparan 6.5 inci IPS LCD dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Bagaimanapun, hanya sokongan resolusi HD+ yang dimuatkan pada peranti ini. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Di bahagian belakang realme 7i didatangkan dengan pengimbas cap jari serta tetapan 4 kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W, dan 2MP makro.

Ciri lain adalah kapasiti bateri 5000mAh serta pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

OPPO A53 – RM699(4GB/64GB), RM799(4GB/128GB)

telefon bawah RM1000 2020

Dilancarkan pada September 2020, OPPO A53 hadir dengan skrin berukuran 6.5-inci IPS LCD, resolusi HD+ serta kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 460 bersama gandingan pilihan memori 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

Pada bahagian hadapan, terdapat satu lensa 16 MP. Sementara itu, terdapat 3 lensa di bahagian belakang dengan 13 MP utama, 2MP sudut lebar dan 2 MP makro.

Ciri-ciri lain adalah mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan sokongan pengecasan pantas 18W.

**Harga yang tertera adalah harga semasa ketika artikel ini ditulis dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.