Selepas pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR, GIGABYTE dan ASUS menyenaraikan papan litar utama (motherboard) mereka yang tersedia dengan Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0, kini giliran syarikat pengeluar perkakasan komputer dari jenama MSI pula menyenaraikan model motherboard mereka yang tersedia menyokong Windows 11.

Senarai siri motherboard MSI Intel dan AMD yang tersedia dengan TPM 2.0
TPM 2.0 boleh diaktifkan menerusi BIOS MSI bagi motherboard MSI yang menggunakan cip Intel dan AMD.

Suka diingatkan bahawa, siri motherboard MSI yang disenaraikan ini bukanlah menyatakan yang ia secara automatik menyokong sistem terbaru Microsoft iaitu Windows 11.

Walaupun kewujudan TPM 2.0 adalah salah satu daripada syarat yang diperlukan, tetapi anda perlu juga melihat keperluan minimum yang lain bagi membolehkan komputer anda menjalankan Windows 11 iaitu seperti keperluan sambungan internet, akaun Microsoft dan lain-lain.

Sumber: Videocardz

Baca juga: Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya