Beberapa hari yang lepas kami telah melaporkan mengenai pelancaran rasmi siri penyejuk cecair (AIO) CPU terbaharu dari Gigabyte iaitu AORUS Waterforce Series.

Melaluinya, tiga model pilihan telah diperkenalkan iaiu AIO Coolers 360mm, AIO Coolers 280mm dan AIO Coolers 240mm. Kesemua model ini dibangunkan dengan blok penyejuk yang boleh dilaras sehingga 330 darjah serta berupaya meningkatkan pengaliran cecair sehingga 37%.

Kini, GIGABYTE Malaysia telahpun berkongsikan dengan Wiser.my mengenai harga bagi ketiga-tiga model tersebut dan bila ia akan mula dipasarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Harga

AIO Coolers 360mm – RM999

AIO Coolers 280mm – RM849

AIO Coolers 240mm – RM699

Tiada tarikh spesifik yang dinyatakan tetapi siri AORUS Waterforce boleh mula dibeli pada bulan Ogos hadapan.

Kedai rasmi GIGABYTE Malaysia:
Shopee:
https://invol.co/cl54m4s
Lazada:
https://invol.co/cl54m5d