Semenjak Apple memperkenalkan AirPods, fon telinga True Wireless Stereo (TWS) mula menjadi ikutan jenama lain. Bagi anda yang mencari fon telinga TWS dengan penawaran bawah RM200 yang ada dalam pasaran ketika ini, di bawah kami sediakan senarai tersebut.
Senarai ini kami akan mulakan dari yang murah sehinggalah yang mahal supaya lebih banyak pilihan untuk anda cari.
Plextone 4Life
Pengecasan: MikroUSB Sambungan Bluetooth: 5.0+EDR Ketahanan air: IPX5 Ketahanan bateri: 3-4 jam penggunaan dan 14 jam dengan pod pengecasan Ciri lain: HD mikrofon Warna: Green, Red, Blue Harga: RM69.90
Plextone 4Life merupakan fon telinga yang dikhususkan untuk tujuan bermain permainan video. Ini kerana, ia hadir dengan latensi yang lebih rendah pada sekitar 120ms. Pengecasan penuh fon telinga ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.
Beli Plextone 4Life melalui https://invol.co/cly9ji.
SoundPEATS Trueshift 2
Pengecasan: USB-C Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan air: IPX7 Ketahanan bateri: 5 jam penggunaan dan 100 jam dengan pod pengecasan Kapasiti Bateri Pod Pengecasan: 3000mAh Warna: Hitam Harga: RM149.99
Berbanding fon telinga yang lain, ia hadir dengan pod pengecasan yang boleh bertindak sebagai pengecas mudah alih di mana ia menyokong pengecasan peranti lain. Ini bermakna, pod pengecasan tersebut boleh dijadikan sebagai powerbank.
Dengan kapasiti bateri pod pengecasan 3000mAh, ia memerlukan masa sekitar 2 jam untuk mengecas pod pengecasan dan boleh mengecas fon telinga sebanyak 16 kali. Fon telinga ini mampu bertahan sehingga 100 jam bagi penggunaan bersama pod pengecasan.
Pembelian SoundPEATS Trueshift 2 boleh dilakukan melalui https://invol.co/cly9k5.
Tronsmart Spunky Beat
Pengecasan: USB-C, USB-A Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan air: IPX5 Ketahanan bateri: 7 jam penggunaan dan 24 jam dengan pod pengecasan Ciri lain: cVc 8.0 Pembatalan Hingar Warna: Hitam Harga: RM159
Tronsmart Spunky Beat dikuasakan cip Qualcomm serta teknologi Qualcomm aptX. Berbanding pod pengecasan fon telinga yang lain, ia mempunyai dua cara pengecasan yang terdiri daripada integrasi kabel USB-A dan kabel USB-C yang dimuatkan dalam kotak pembelian. Ia turut menyokong penarafan IPX5 serta akses Siri dan Google Assistant.
Beli Tronsmart Spunky Beat melalui https://invol.co/cly9j5.
Edifier TWS200 Lolipod
Pengecasan: MikroUSB Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan: IPX4 Ketahanan bateri: 6 jam penggunaan dan 18 jam dengan pod pengecasan Ciri lain: Dwi-mikrofon CVC Warna: Army Green, White, Light Purple, Light Pink Harga: RM167
Edifier TWS200 Lolipod hadir dengan pemacu sebesar 13mm dan sokongan kalis percikan IPX4. Ia dilengkapi cip Qualcomm dengan teknologi kualiti audio AptX. TWS200 Lolipod menawarkan empat pilihan warna iaitu Army Green, White, Light Purple dan Light Pink.
Beli Edifier TWS200 Lolipod melalui https://invol.co/cly8s4.
Tronsmart Onyx Ace
Pengecasan: USB-C Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan air: IPX5 Ketahanan bateri: 5 jam penggunaan dan 24 jam dengan pod pengecasan Ciri lain: Pembatalan hingar untuk panggilan Warna: Hitam, Putih Harga: RM169
Onyx Ace dilengkapi pemacu sebesar 13mm dan sokongan IPX5. Fon telinga ini didatangkan dengan sokongan cip Qualcomm dan teknologi Qualcomm aptX yang mempunyai kualiti audio setanding dengan CD.
Ia hadir dengan ciri pembatalan hingar untuk panggilan dan persekitaran serta kawalan sentuh untuk mengaktifkan Voice Assistant.
Beli Tronsmart Onyx Ace melalui https://invol.co/cly8p4.
Tribit X1
Pengecasan: MikroUSB Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan air: IPX5 Ketahanan bateri: 3 jam penggunaan dan 15 jam dengan pod pengecasan Warna: Hitam Harga: RM185
Tribit X1 mempunyai dua pembesar suara bersaiz 6mm dengan sokongan IPX5. Rekaannya adalah lebih ergonomik untuk dimuatkan pada telinga. Pengecasan penuh pod pengecasan mengambil masa sekitar 2 jam dan boleh mengecas fon telinga sebanyak 5 kali.
Beli Tribit X1 menerusi https://invol.co/cly972.
Mpow X3
Pengecasan: USB-C Sambungan Bluetooth: 5.0 Ketahanan air: IPX7 Ketahanan bateri: 7 jam penggunaan dan 27 jam dengan pod pengecasan Ciri lain: Pembatalan Hingar Aktif (ANC) Warna: hitam Harga: RM191
Dalam senarai ini, Mpow X3 adalah satu-satunya fon telinga TWS yang mempunyai ciri pembatalan hingar aktif. Ia dilengkapi pemacu bersaiz 10mm dengan ultra-thin diaphragm Agile.
Dari segi rekaan, pod pengecasan fon telinga ini kelihatan hampir sama seperti Airpods. Bagaimanapun, ia tidak ditawarkan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan hanya menyokong pengecasan Type-C.
Beli Mpow X3 di https://invol.co/cly96w.
Rumusan
Sebagai fon telinga tanpa wayar, ciri utama yang perlu diambil kira adalah penawaran kualiti audio yang ada padanya. Selain itu, sambungan Bluetooth dan latensi yang rendah juga memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman yang baik semasa mendengar lagu, melayari platform penstriman video atau bermain permainan video.
Bagi ciri-ciri lain, ia merupakan satu nilai tambah untuk fon telinga True Wireless Stereo.