Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) boleh dibeli oleh mana- mana individu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya senarai tersebut disertakan dengan nombor telefon setiap individu, data itu bukanlah diperoleh daripada SPR.
{suggest}
Sebagai tambahan, Hamzah turut menjelaskan belum ada sebarang laporan berkaitan penjualan data yang dibuat setakat ini.
Terdahulu, media melaporkan pangkalan data dalam sistem MySPR yang melibatkan 800,000 pengguna didakwa ditawarkan di pasaran pangkalan data terkenal dengan harga jualan sekitar RM9,401. Pangkalan data itu juga didakwa mengandungi butiran seperti nama penuh, gambar kad pengenalan, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penuh, gambar swafoto dan sebagainya.
Gambar utama: Awani
Sumber: BERNAMA