Apple hari ini telah mengeluarkan senarai aplikasi dan permainan terbaik sepanjang tahun 2020. Ia merupakan cara bagi Apple memberikan penghargaan kepada pembangun yang terlibat. Anugerah ini dipilih berdasarkan kualiti, rekaan yang kreatif, kebolehgunaan, dan teknologi yang inovatif.

Secara tidak langsung, anugerah ini juga memberikan inspirasi buat pembangun lain untuk menghasilkan aplikasi dan permainan yang lebih berkualiti.

Berikut adalah senarai aplikasi dan permainan terbaik Apple untuk tahun 2020.

Aplikasi Terbaik 2020:

  • iPhone Terbaik: Wakeout! (Andres Canella)
  • iPad Terbaik: Zoom
  • Mac Terbaik: Fantastical (Flexibits)
  • Apple TV Terbaik:  Disney+
  • Apple Watch Terbaik: Endel

Permainan Terbaik 2020:

aplikasi dan permainan app store 2020

  • iPhone Terbaik: Genshin Impact (miHoYo)
  • iPad Terbaik: Legends of Runeterra (Riot Games)
  • Mac Terbaik: Disco Elysium (ZA/UM)
  • Apple TV Terbaik: Dandara Trials of Fear (Raw Fury)
  • Apple Arcade Terbaik: Sneaky Sasquatch (RAC7)

Aplikasi Trend Terbaik 2020:

  • Shine
  • Explain Everything Whiteboard
  • Caribu
  • Pokemon GO (Niantic)
  • ShareTheMeal

Sebagai tanda penghargaan kepada 15 aplikasi ini, pereka Apple telah menghasilkan plak fizikal App Store Best of 2020 yang pertama.

aplikasi dan permainan app store 2020

Terinspirasi oleh ikon App Store berwarna biru, setiap anugerah dimuatkan dengan logo App Store yang dihasilkan daripada aluminium kitar semula 100 peratus, dengan nama pemenang terukir di sisi lain.

Dalam pada itu, Apple turut menyenaraikan aplikasi dan permainan yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun ini. Senarai penuh boleh dilihat melalui pautan aplikasi paling banyak dimuat turun dan permainan paling banyak dimuat turun.

Sumber: Apple