Walaupun Microsoft kini memfokuskan kepada pelayar Edge, namun syarikat itu masih belum menamatkan perkhidmatan Internet Explorer 11. Terbaru, Google kini mengumumkan semua aplikasi Workspace akan menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11 bermula 15 Mac 2021.

Antaranya termasuk Gmail, Google Calendar, Drive, Docs/Sheets/Slides, Meet, Chat, Keep, Currents, dan lain-lain.

Laman web mungkin masih boleh diakses selepas tarikh tersebut, namun ia mungkin tidak berfungsi dengan baik memandangkan Google tidak lagi akan memastikan keserasian pada pelayar tersebut. Menurut Google,

“Over the next few weeks we’ll start showing a banner to all Google Workspace users still using IE 11 that informs them of the need to upgrade their browser by March 15, 2021.”

Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan seperti prestasi atau sistem keselamatan yang lemah, Google turut mencadangkan akses aplikasi melalui pelayar Chrome, Firefox, Safari atau Microsoft Edge.

Terdahulu, Microsoft Teams telah menamatkan sokongan untuk IE11 pada 30 November, sementara aplikasi Microsoft 365 yang lain akan menyusul pada 17 Ogos 2021.

Sumber: 9to5Google