Sony dalam pembentangannya kepada pelabur mereka mendedahkan, golongan perempuan kini semakin ramai memiliki konsol permainan PlayStation.

Sony melaporkan, hampir separuh pemilik PS4 dan PS5 adalah terdiri daripada golongan hawa di mana ia meliputi sebanyak 41%.

Keadaan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan versi pertama PlayStation1 di mana hanya sebanyak 18% sahaja perempuan miliki konsol permainan Sony itu.

Malah Sony juga memaklumkan bahawa jenama PlayStation kini berada di tangga ke-9 sebagai jenama global paling popular di belakang Apple, Peloton, KitchenAid, MayoClinic, Lego, Costco Wholesale, Honda dan John Hopkins Universiti.

Selain itu, Sony juga mendedahkan pemain aktif yang menggunakan konsol terbaru PlayStation5 kini adalah lebih ramai berbanding mereka yang bermain di konsol PS4.

 

Sumber: Sony