Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun membuka permohonan dalam talian i-Sinar bermula 21 Disember 2021. Terbaru, semakan status permohonan i-Sinar bagi Kategori 1 kini telah boleh dibuat.
Untuk membuat semakan, ianya boleh dilakukan melalui portal rasmi i-Sinar KWSP. Sementara itu, pembayaran untuk ahli yang layak bagi kategori ini akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
Jika anda belum membuat permohonan dalam talian i-Sinar untuk Kategori 1, permohonan masih dibuka sehingga 30 Jun 2021. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Untuk mengetahui cara membuat permohonan i-Sinar secara dalam talian, layari pautan ini.