Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mengumumkan pembayaran Fasa 3 dan rayuan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan kreditkan ke dalam akaun penerima bermula 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
{suggest}
Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Bagi tujuan semakan status pembayaran, ianya boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Sumber: Ismail Sabri Yaakob