Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyeneraiakan sejumlah lokasi serta premis berisiko bagi penularan COVID-19 menerusi sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
Analisis HIDE adalah di bawah kendalian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Setakat ini terdapat lebih daripada 100 premis dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah disenaraikan di dalam sistem HIDE.
Analisis Data Raya dan kecerdasan buatan ini diperoleh menerusi data daftar masuk aplikasi MySejahtera bagi membuat ramalan ke atas sesebuah premis berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka masa 7 hari.
Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang tersenarai di dlama HIDE.
Tetapi jika anda ada mengunjungi ke premis yang disenarai di dalam HIDE dalam tempoh 7 hari ia disenaraikan, anda dinasihatkan meminimumkan kontak dengan orang lain serta peka dengan simtom jangkitan jika ada.
Sumber: MOSTI