Awal bulan ini kita menyaksikan realme mengumumkan pengecas tanpa wayar magnetik MagDart. Seperti yang dijangka, jenama lain juga tidak akan melepaskan peluang untuk mengikutinya.

OPPO kini memfailkan tanda dagang teknologi pengecasan tersebut yang dinamakan sebagai MagVOOC. Melaluinya, persaingan pengecas tanpa wayar magnetik sepeti Apple MagSafe sudah bermula.

Bagaimanapun, belum diketahui apakah telefon baharu yang akan diperkenalkan OPPO nanti kerana teknologi magnetik itu memerlukan sebuah peranti atau aksesori yang boleh menyokongnya.

Jika realme, mereka memperkenalkan konsep telefon realme Flash untuk memperlihatkan bagaimana teknologi itu diterjemahkan. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.

Sumber: passionategeekz

Baca juga: