Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selepas POCO Dan OnePlus, Samsung Pula Berkolaborasi Sama Genshin Impact

Posted on November 21, 2022

Beberapa bulan lepas, kita telah melihat permainan video pelbagai platform Genshin Impact telah berkolaborasi dengan jenama-jenama besar telefon pintar seperti POCO dan OnePlus.

Terbaru, Samsung dilaporkan menjalin kolaborasi bersama pembangun permainan video tersebut, Cognosphere (miHoYo).

Berdasarkan gambar di atas, kolaborasi tersebut terdiri daripada 2 model peranti terbaru Samsung – Galaxy Z Fold4 Genshin Impact Edition dan Galaxy Buds2 Pro Genshin Impact Edition.

Selain itu, terdapat juga aksesori tambahan seperti kad karakter, rantai kekunci, pelekat, casing pelindung dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kita dapat lihat bahawa kolaborasi ini telah memilih karakter Ganyu daripada game tersebut sebagai unsur ikonik padanya.

{suggest}

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi berkenaan tarikh rasmi kedatangan peranti edisi Genshin Impact tersebut di pasaran.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress