Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selepas Ini, Pengguna WhatsApp Boleh Dengar ‘Voice Notes’ Sambil Baca Mesej Lain

Posted on Mac 16, 2022

WhatsApp telah menaik taraf ciri yang dinanti-nanti pengguna seluruh dunia. Kini, anda boleh mendengar voice notes dan membaca mesej dalam masa yang sama.

Sebelum ini, anda perlu mendengar sehingga habis dahulu voice notes yang dihantar barulah anda boleh pergi ke ruangan mesej yang lain. Tetapi sekarang, voice notes tersebut akan terletak di atas ruangan aplikasi WhatsApp anda sambil anda melihat ruangan lain.

Selain itu, anda juga boleh mempercepat voice notes dengan wajah baru dalam ruangan mesej. Ia lebih menarik dan mudah untuk pengguna mempercepat atau mengulang semula voice notes.

Jika anda masih belum mempunyai fungsi ini, anda perlu bersabar sehingga ciri tersebut benar-benar stabil. Apabila stabil, semua pengguna seluruh dunia boleh menggunakannya dengan tenang.

Sumber : WABetaInfo

Baca juga :

  • Cara Nak Guna Dua Akaun Berbeza WhatsApp Web
  • WhatsApp Akan Susahkan Pengguna Untuk ‘Forward’ Mesej
  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress