Jika anda masih ingat, Nvidia pernah membatalkan pelancaran model kad grafik RTX 4080 12GB pada tahun lepas.
Pembatalan itu dipercayai kerana nama bagi model kad grafik tersebut mengelirukan yang hampir sama dengan model kad grafik RTX 4080 16GB.
Walaupun Nvidia tidak memaklumkannya secara rasmi, tetapi berdasarkan kepada spesifikasi yang diperlihatkan, didapati ia adalah sama dengan RTX 4080 12GB di mana Nvidia menjenamakannya sebagai model RTX 4070 Ti.

Tidak setakat itu, Nvidia seperti mendengar keluhan pengguna yang menyatakan harga kad grafik tersebut mahal, kini NVIDIA menurunkan harga bagi RTX 4070 Ti kepada USD799 (~RM3520) sahaja.
RTX 4070 Ti bakal berada di pasaran AS bermula 5 Januari 2023 dengan pasaran global akan menyusul kemudian.
{suggest}