Sebelum ini, Apple telah menyatakan perancangan untuk mengalihkan kilang pembuatannya ke India berbanding sebelum ini di China.
Sekarang ini, muncul satu dakwaan yang Google merancang untuk memindahkan kilang penghasilan peranti Pixel dari China ke Vietnam.
Perancangan ini memfokuskan penambahbaikan fasiliti dan kilang yang sedia ada di Vietnam yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan Pixel 4a, 5a dan 6a.
{suggest}
Faktor-Faktor Pemindahan Google
Faktor utama yang membawa kepada keputusan Google ini adalah sikap sifar toleransi China terhadap kilang ketika perintah berkurung Covid-19.
Ini bermaksud kilang terpaksa ditutup untuk satu tempoh yang lama dan merugikan Google. Selain itu, ketegangan ekonomi antara AS dan China juga mengeruhkan lagi keadaan yang ada.
Walau bagaimanapun, Google melihat perancangan ini sebagai satu eksperimen dan bukan sesuatu yang pasti untuk dilaksanakan.
Sumber: News9live
Gambar utama: SupChina