Jenama rangkaian restoran makanan segera, A&W hari ini mengumumkan pembukaan cawangan A&W baharu di Bandar Kangar, Perlis. Ketibaan di Kangar ini sekaligus menjadikan A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.
Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA.
Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah ia menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat; 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.
Selain itu, restoran A&W baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu.
A&W mula ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1963. Syarikat itu kini menyasarkan untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.
{suggest}
Sumber: Siaran media A&W