Selepas sekian lama menggunakan nama Core i bagi siri cip pemprosesannnya, cip terbaru Intel Meteor Lake akan datang bakal digantikan dengan nama baharu.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah, Komunikasi Global di Intel Corporation, Bernard Fernandes menerusi akaun Twitternya.
Yes, we are making brand changes as we’re at an inflection point in our client roadmap in preparation for the upcoming launch of our #MeteorLake processors. We will provide more details regarding these exciting changes in the coming weeks! #Intel
— Bernard Fernandes (@Bernard_P) May 1, 2023
Kenyataan ini sekaligus menjawab khabar angin yang mendakwa Intel mungkin merancang untuk menggugurkan penjenamaan siri-i klasik mereka, yang mungkin bermakna cip Meteor Lake tidak akan mempunyai pemproses siri i3, i5, i7 atau i9.
Tidak diketahui nama baru yang akan digunakan pada siri cip intel terbaru itu nanti.
Tetapi berdasarkan penyenaraian penanda aras awal yang ditampilkan menunjukkan ia mungkin akan digantikan dengan nama Intel Core “Ultra” 5.

Penjenamaan Core i-series Intel bermula pada 2008 dahulu dengan pelancaran keluarga cip pemprosesan Core i3, i5 dan i7 yang kemudiannya disusuli pula oleh Core i9.
Ketika ini pemproses desktop utama Intel ialah Intel Generasi Ke-13 Core i9-13900K.
Jadi selepas 14 tahun, Intel mungkin berfikir sudah tiba masanya untuk menjenamakan semula cip pemprosesan Core i mereka.
{suggest}
Sumber: Trusted Review