Pengulas Gajet terkenal iaitu Marques Keith Brownlee atau lebih dikenali dengan nama MKBHD sememangnya tidak asing lagi bagi para peminat dunia teknologi terutamanya peminat telefon pintar.
Terkini, selepas 11 tahun berkecimpung dalam dunia teknologi, akhirnya beliau telah mendapat 10 juta pengikut pada laman Youtubenya.
10,000,000! https://t.co/RoGVjW5jLi pic.twitter.com/5nBzq5Ag3v
— Marques Brownlee (@MKBHD) December 18, 2019
Beliau mendedahkan perkara tersebut melalui satu perkongsian di laman Twitter miliknya. Dalam perkongsian tersebut, beliau turut memuatkan sebuah video khas yang menceritakan perjalanan kariernya sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
MKBHD merupakan seorang yang berpengaruh dan sering muncul dalam beberapa laman teknologi terkenal lain. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan nama-nama terkenal seperti Bill Gates dan pengulas gajet terkenal yang lain.
Beliau juga telah memenagi pelbagai anugerah dan yang terbaru beliau telah memenangi anugerah pencipta kandungan teknologi terbaik dalam “Streamys Award 2019”.
Kejayaan yang dicapai oleh MKBHD boleh menjadi contoh terbaik bagi generasi muda menceburi dunia teknologi terutamanya sebagai pencipta kandungan.
Sumber : MKBHD
Baca Lagi : MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019