Kerajaan negeri Selangor hari ini melancarkan program Data Internet Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu rakyat negeri tersebut dalam menghadapi situasi sukar masa sekarang.

Melalui program tersebut, kerajaan negeri menawarkan kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had kepada 70 ribu orang dari golongan B40.

Selain itu, pakej yang ditawarkan tersebut adalah berharga RM35 sebulan. Namun, penerima hanya perlu membayar RM15 sahaja dan baki RM20 disubsidikan. Malah, ia adalah untuk tempoh 12 bulan.

Sumber: amirudinshari