Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan Program Data Internet Selangor yang akan memanfaatkan seramai 70 ribu rakyat Selangor yang layak untuk menikmati langganan data internet secara percuma selama 12 bulan.

Program itu dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta akan dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Program Data Internet Selangor itu mensasarkan para pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor dan peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Universiti Selangor (Unisel) dan Selangor Technical Development Centre (STDC), peniaga dalam talian di bawah Selangor E-Bazar, para petani serta peniaga berdaftar.

Tidak setakat itu, para ketua kampung tradisi berserta setiausaha, para ketua kampung bagan/baru berserta setiausaha, para ketua komuniti India beserta setiausaha, nazir, imam, bilal, siak dan penceramah agama bertauliah juga bakal dibekalkan dengan insiatif ini bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Rakyat Selangor yang layak akan menerima kad SIM yang dilengkapi data internet secara percuma selama 12 bulan.

Berikut adalah pakej langganan percuma yang boleh dipilih yang ditawarkan dalam Program Data Internet Selangor:-

Permohonan inisiatif ini telah pun dibuka sejak 15 Julai 2021 lalu dan akan ditutup pada 15 September 2021 nanti.

Pemohon dijangka akan menerima kad sim mereka bermula dari 1 Oktober 2021 nanti.

Permohonan Program Data Internet Selangor ini boleh dibuat melalui laman Platform Selangor.

Sumber: Selangor Kini