realme kini mengesahkan bahawa tiada lagi peranti untuk siri realme X dilancarkan selepas ini. Kenyataan ini dikeluarkan CEO realme Eropah dan India sendiri, Madhav Sheth.

Bagaimanapun, beliau mengatakan siri tersebut bakal digantikan dengan siri baharu mereka, iaitu GT dimana seperti sedia maklum, realme GT adalah antara telefon terbaik mereka buat masa sekarang.

Selain itu, siri realme C dan siri bernombor seperti realme 7 atau realme 8 tidak akan terjejas kerana ia akan tetap diteruskan pada masa hadapan.

Dengan ini, maka berakhirlah penamaan realme X. Mungkin anda akan mengingati telefon seperti realme X2 Pro, realme X3 SuperZoom atau realme X7 Pro 5G.

Sumber: techradar

Baca juga: