Machines sedang menjalankan promosi istimewa (Special Deals) di cawangan seluruh negara melibatkan produk baharu, bukan set demo atau pernah dibuka kotak seperti yang dijual dalam Warehouse Clearance.
Ada diskaun yang hanya eksklusif di laman web Machines, tapi ada juga yang sama terpakai di kedai fizikal.
Menurut staf dan jawapan di Facebook, promosi ini akan diadakan selagi stok masih ada.
Daripada tinjauan kami, kebanyakannya telah habis dijual, “Sold Out” di laman web, jadi anda perlu ke kedai Machines terdekat.
Misalnya, kabel USB-C berharga RM29 dan pengecas 30W berharga RM49 telah dilabel “Sold Out” di laman web, namun saya dapati ia masih tersedia di Machines cawangan IOI City Mall.
Untuk AirPods (gen-2), AirPods (gen-3) dan AirPods Pro (gen-3 dengan bekas Magsafe), harga promosinya sama di laman web dan kedai fizikal Machines.
{suggest}
https://web.facebook.com/machinesapr/photos/pcb.10159822937423138/10159823665553138/
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan sumber di bawah.
Sumber: Machines