Mungkin sudah didengari sebelum ini, namun Elon Musk telah pun memberhentikan lebih ramai tenaga kerja di Twitter.
Kali ini, syarikat media sosial tersebut membuang pekerja di bahagian infrastruktur pula. Bilangan pekerja yang diberhentikan masih lagi belum jelas namun beberapa jurutera telah memuat naik kenyataan mereka di Twitter.
And that was my last day at Twitter. Laid off by email. The experience has been indescribable from chaos to hilarious.
— Dave Beckett (@dajobe) December 17, 2022
Pemberhentian ini adalah melalui emel yang menyatakan bahawa syarikat tersebut tidak memerlukan lagi perkhidmatan mereka.
{suggest}
Elon Musk juga telah memberhentikan Nelson Abramson, ketua infrastruktur Twitter yang merupakan antara pekerja yang berkualiti tinggi.
Semenjak penaklukan Twitter dari Oktober yang lepas, bilangan pekerja telah dikurangkan sehingga 75%.
Pada bulan November, Elon Musk menyatakan bahawa tidak akan ada lagi pemotongan tenaga kerja selepas ini.
Kenyataan ini dilakukan sebaik sahaja syarikat tersebut menerima hampir 1,200 surat berhenti oleh sebab tindakan yang agak tegar itu.
Sumber: Engadget