Pengetahuan rakyat Malaysia tentang teknologi semakin berkembang dan hal ini boleh dilihat dengan peningkatan penggunaan peranti pintar mahupun komputer dalam kehidupan seharian.
Hal ini boleh dilihat dimana sejumlah 85.7% isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada internet dengan kenaikan sebanyak 15.6% berbanding tiga tahun sebelum.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah dengan penggunaan telefon pintar serta komputer, masing-masing meningkat kepada 74.1% dan 98.1%, berbeza pada tahun 2015 dengan peratusan 67.6% dan 97.6.
Antara akses internet yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan beberapa aplikasi lain(86.3%). Lain-lain aktiviti internet yang diakses pengguna Malaysia adalah seperti berikut:
- Muat turun imej, filem, video, muzik, muat turun atau bermain aplikasi permainan(81.2%)
- Mencari maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4%)
- Muat turun perisian atau aplikasi (74.5%)
- Perbankan internet(74.5%)
- Beli serta tempahan barangan atau perkhidmatan(23.3%)
Sumber: The Malay Mail Online