Pada penghujung April lalu, Secretlab ada melancarkan meja PC yang lengkap dengan ciri magnetik dan lampu RGB. Terkini, Secretlab menampilkan kerusi gaming siri terbaru bernama TITAN Evo 2022.

Seperti siri kerusi gaming sebelumnya, ia didatangkan dengan ciri penghantaran dan pemasangan mudah, sandaran 165-darjah, dan mekanisme pelbagai kecondongan.

Untuk siri kali ini, tiga pilihan saiz diberi iaitu Small, Regular, dan XL dengan tempat duduk gabungan model OMEGA dan TITAN untuk memenuhi pilihan pengguna yang lebih luas.

 

Selain itu, sebanyak 26 variasi tersedia untuk dua jenis kemasan kerusi iaitu fabrik Secretlab SoftWeave Plus dan kulit Secretlab NEO Hybrid.

Secrelab TITAN Evo 2022 dijual pada tanda harga SGD549 (RM1,702) untuk varian fabrik SoftWeave Plus dan SGD579 (RM1,795) untuk kulit NEO Hybrid.

Jika berminat untuk membeli atau mengetahui lebih terperinci mengenai kerusi gaming terbaru ini, layari https://my.secretlab.co/products/titan-evo-2022-series.

Sumber: Secretlab

Baca juga – 5 Gaming Chair Pada Harga Sekitar RM200 Di Shopee

Baca juga – Meja Gaming Harga Bawah RM200 di Shopee