Seorang pelajar dilaporkan telah berdepan detik cemas apabila unit telefon pintar yang dgunakannya ketika sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah  berlangsung secara tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian itu berlaku, Ia disaksikan sendiri ibu saudara pelajar itu yang berada di rumah.

Walaupun tiada sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku pada murid tersebut, tetapi mereka ketakutan dan pelajar itu menjadi pucat lesi melihat telefon pintar yang diperolehi menerusi program Jaringan Prihatin terbakar secara tiba-tiba di depan mata.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika sesi PdPR pada jam 9.30 pagi Isnin lalu di rumah pelajar tersebut yang terletak di Gombak.

Berikuatn insiden itu, ibu saudara mangsa telah melepaskan ras kecewanya di laman facebook miliknya.

Insiden tersebut turut mendapat perhatian Yang Berhormat Syed Saddiq dengan berkongsikan insiden itu di laman Twitter rasmi beliau.

Sumber: MalaysiaKini