Dikemas kini 12.00 a.m Khamis.

Sebelum ini dilaporkan tentang dakwaan sebuah rumah terbakar yang didakwa berpunca daripada telefon pintar YES.

Walaubagaimanapun, pengguna Twitter yang membuat kicauan tersebut telah menarik balik dakwaannya. Sebaliknya dia membetulkan dengan menyatakan bahawa punca kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Di bawah adalah berita yang dilaporkan sebelum ini berdasarkan kicauan yang dibuat pengguna tersebut.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan sebuah kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah yang dialami oleh sebuah keluarga.

Pengguna Twitter 😐@satypls mendakwa, kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu yang juga merupakan jirannya.

Malah menerusi Twitternya itu beliau mendakwa telefon pintar percuma YES disyaki sebagai punca kepada berlakunya kebakaran rumah tersebut.

Kredit: Twitter 😐@satypls 

Malah dalam tulisannya lagi di platfom itu mendakwa, telefon pintar YES itu sedang dicas dan diletakkan di atas bantal.

Menyebabkan pemilik terlupa untuk mematikan pengecas sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut.

Sumber: Twitter 😐@satypls

Artikel pembetulan berkaitan ini – Dikemas Kini – Rumah Terbakar Bukan Berpunca Daripada Telefon YES