Pada Februari yang lepas, peranti pertama dengan Snapdragon 888 Mi 11 secara rasmi memasuki pasaran tempatan. Kemudian, ia diikuti Mi 11 Lite dan Mi 11 Ultra.

Terbaru, Xiaomi dikatakan sedang membangunkan siri T buat model andalan tersebut dan ia kini sudah pun melepasi pengesahan SIRIM.

Berdasarkan data tersebut, telefon dengan nombor model 2107113SG adalah Xiaomi Mi 11T Pro. Walaupun tiada maklumat langsung mengenai peranti ini tetapi ia bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Pun begitu, Mi 11T Pro yang dijangka dilancarkan sekitar Oktober mungkin dikuasakan cip Dimensity 1200 atau Snapdragon 870 bersama-sama paparan AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi. Apa-apa pun, nantikan perincian lanjut berkaitannya pada masa akan datang.

Dalam pada itu, peminat Xiaomi mungkin boleh tunggu Mi Mix 4 serta Mi Pad 5 yang dikhabarkan akan diperkenalkan pada bulan ini.

Sumber: mysmartprice

Baca juga artikel berkaitan: