Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebuah Lagi Telefon Dengan Kamera Di Bawah Paparan Akan Masuk Malaysia

Posted on November 30, 2021

Teknologi kamera di bawah paparan boleh dikatakan masih baharu lagi. Telefon pertama yang hadir dengan teknologi sebegitu ialah ZTE Axon 20.

Kemudian, beberapa jenama lain yang sudah berani mengikuti langkah ZTE seperti Samsung Galaxy Z Fold3 dan juga Xiaomi Mix 4.

Pun begitu, setakat ini di Malaysia, hanya peranti Galaxy Z Fold3 sahaja yang ditawarkan. Namun, selepas ini sebuah lagi telefon dengan kamera di bawah paparan akan tiba buat pasaran tempatan.

Peranti yang dimaksudkan itu adalah ZTE Axon 30 yang mana ZTE mengesahkan kehadirannya di Malaysia pada Disember depan.

Walaupun belum ada bayangan harga serta versi model mana yang dibawa masuk tetapi kita dapat mengetahui serba sedikit berkaitan spesifikasinya seperti yang dilancarkan Julai lalu.

ZTE Axon 30 tampil dengan skrin 6.92 inci AMOLED beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Sementara lensa swafoto 16MP ‘tersembunyi’ di bawah paparan.

Selain itu, terdapat empat tetapan kamera belakang yang terdiri daripada 64MP lensa utama, 8MP sudut ultra lebar, 5MP makro dan 5MP kedalaman.

Di dalamnya, ia dikuasakan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman 256GB UFS 3.1, bateri 4200mAh dengan pengecasan 55W dan menjalankan MyOS berasaskan Android 11.

Ketika diperkenalkan di China tempoh hari, harga jualannya bermula 2198 yuan (~RM1453). Oleh itu, sama-sama kita nantikan tarikh pelancarannya nanti.

Sumber: Siaran Akhbar ZTE

Baca juga:

  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50

  • Kerajaan Tak Dapat Kawal Kandungan ‘Liar’ Di Netflix

  • Squid Game Di Dunia Sebenar Dengan Hadiah Hampir RM2 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress