Pada pasaran Android, model-model yang ditawarkan menggunakan sistem operasi yang sama tetapi dibezakan pada antaramuka yang melapisi setiap satunya.
Seperti OnePlus, ia bermula dengan Cyanogen OS yang muncul pada OnePlus One dan setahun selepas itu, OxygenOS mula diperkenalkan. Namun sebelum nama itu rasmi digunakan, ada lagi beberapa nama lain yang dicadangkan.
Terdahulu pada 2015, OnePlus ada mengadakan pertandingan untuk mencari nama bagi sistem antaramuka terbaru mereka. Sebanyak 75,000 penyertaan diperoleh dan daripada jumlah itu, sebanyak 10 nama lain telah disenarai pendek.
- Opus
- Nomad OS
- CosmOS
- Muse
- Karma
- OnePlus ROM
- StratOS
- Carbon
- ElementOS
- DaVinci
Bagi anda, adakah nama OxygenOS ini pilihan tepat bagi OnePlus, atau ada diantara 10 senarai diatas yang lebih menarik?
Sumber: OnePlus