Baru-baru ini, Spotify telah memaparkan artis, runut bunyi dan lagu yang dimainkan pada tahun 2020 dimana ia menyaksikan peningkatan sebanyak 55% Spotify dimainkan melalui konsol berbanding tahun-tahun yang lalu.

Tahun ini juga dilihat permainan video dan muzik mendapat perhatian kerana kebanyakan gamer kini gemar untuk memainkan muzik dahulu sebelum bermain game.

Two Available Methods to Play Spotify Music on PS4 - Tunelf

Ini adalah termasuk konsol bagi Xbox dan juga PlayStation dimana aplikasi Spotify sudah tersedia di dalamnya.

Di Malaysia, penstriman lagu dari Spotify melalui konsol telah meningkat lebih daripada 63% dan antara lagu yang banyak dimainkan adalah “Falling” daripada Trevor Daniel dan diikuti “death bed (Coffee for your Head) daripada Powfu.

“Falling” – Trevor Daniel

Lagu bergenre Rap dan Trap adalah genre muzik yang banyak dimainkan untuk gaming manakala runut bunyi daripada permainan video adalah permainan Minecraft, Doom dan juga Death Stranding.

Berikut adalah senarai Spotify Wrapped 2020 yang banyak dimainkan melalui konsol di Malaysia:

Artis yang paling banyak dimainkan
  1. Travis Scott
  2. Juice WRLD
  3. The Weeknd
  4. Post Malone
  5. Justin Bieber
Lagu yang paling banyak dimainkan
  1. Falling” – Trevor Daniel
  2. death bed (coffee for your head)” – Powfu, beabadoobee
  3. The Box” – Roddy Ricch
  4. ROXANNE” – Arizona Zervas
  5. Blinding Lights” – The Weeknd