Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebahagian Pengguna FB Sudah Boleh Mengaktifkan Tema Gelap

Posted on Januari 11, 2020

Dijangka akan dilepaskan kepada semua pengguna dalam bulan Mac nanti.

Sebahagian pengguna Facebook dilaporkan sudah dapat mengaktifkan tetapan tema gelap pada antaramuka Facebook menerusi aplikasi pelayar komputer.

Ia merupakan antara ciri utama yang amat dinantikan oleh pengguna Facebook di seluruh dunia.

Tema gelap Facebook pertama kali diperkenalkan adalah pada April tahun lalu di mana ia dikenali sebagai FB5.

Selain tema gelap, Facebook juga akan berwajah baru serta beberapa ciri baru yang akan diperkenalkan seperti rekaan tab grup yang lebih mudah dicapai dan ciri khusus bagi menyokong sesebuah komuniti.

Buat masa ini, hanya sebahagian kecil pengguna sahaja yang berpeluang menggunakan versi FB5 lebih awal.

Pengguna awal juga boleh memberikan maklum balas kepada pihak Facebook untuk cadangan penambahbaikan atau sebarang isu yang dihadapi mereka ketika menggunakan versi FB5.

Laman Cnet mengesahkan bahawa Facebook FB5 akan mula hadir (bagi versi komputer sahaja) kepada semua pengguna dalam bulan Mac ini.

Tetapi jika anda tidak sabar, anda boleh memasang extension Dark Reader pada pelayar Safari, Chrome dan Firefox bagi mengaktifkan tema gelap pada Facebook.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress