Jika anda berada di Kelantan dan merupakan pelanggan rangkaian Celcom, anda mungkin sedang mengalami masalah membuat panggilan telefon atau melayari internet.

Ini kerana, pada hari ini telah berlaku kegagalan pada rangkaian fiber Celcom. Walaubagaimanapun, Celcom tidak menyatakan secara khusus kawasan yang terjejas dengan isu tersebut.

Bertindak ke atas masalah yang berlaku itu, Celcom memaklumkan pasukan teknikal mereka kini sedang berusaha keras membaik pulih isu tersebut.

Walaupun pihak Celcom menyatakan isu tersebut akan diselesaikan sebelum jam 8.00 malam ini, tetapi sehingga kini semakan yang dibuat mendapati notifikasi berkenaan isu tersebut yang dipaparkan di laman rasmi mereka masih belum diturunkan.

Jadi ini mungkin menandakan isu tersebut masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini juga pihak Celcom ada memaklumkan isu rangkaian berlaku di Serian dan Betong pada 11 Julai lalu.

Masalah yang berlaku di dalam 2 daerah itu pula berpunca daripada kegagalan bekalan kuasa.

Sumber: Celcom