Syarikat pengeluar storan terkenal, Seagate telah memperkenalkan Backup Plus Portable yang berkapasiti 5TB! Ia merupakan pemacu storan mudah alih terbesar di dunia. Backup Plus Portable terdiri daripada pemacu dalaman BarraCuda 5TB yang dikemaskan dengan bekas aluminium setebal 20.5mm dan hadir dengan sokongan NTFS untuk macOS dan sambungan USB 3.0 untuk Windows. Bagi laptop yang mempunyai port USB Type-C sahaja, anda perlu menggunakan dongle untuk disambungkan kepada storan mudah alih ini kerana ia tidak menyediakan port USB Type-C.
Berukuran 11.5cm x 7.8cm x 2.1cm dan hanya seberat 247 gram storan ini mempunyai kelajuan pemindahan data yang boleh mencapai sehingga 14oMB/s. Anda perlu mengambil masa lebih dari 11 jam untuk memenuhkan pemacu mudah alih ini.
Menurut Seagate, untuk kapasiti sebesar ini anda boleh menyimpan sehingga 600 jam video berdefinisi HD. Terdapat 5 variasi warna yang ditawarkan iaitu merah, biru, hitam, serta perak. Sesuai dengan kapasiti yang besar, Backup Plus Portable ini bakal dijual dalam lingkungan harga ~RM 840.