Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Scammer Dikesan Guna Profil Pemimpin Negara Untuk Aktiviti Jahat Dan Penipuan

Posted on Jun 8, 2022

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan mereka mengesan penyebaran e-mel yang menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua
organisasi atau syarikat untuk aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan.

Ia hasil daripada aduan yang diterima dari orang ramai di mana terdapat e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian.

Ekoran itu, orang ramai diingatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat (pihak yang profil atau identitinya digunakan) dan jangan sebarkan sebarang kandungan yang mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum.

Orang ramai juga diminta melaporkannya kepada pihak polis sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan dengan menyertakan kepala e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

Laporan juga boleh dibuat dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia
perkhidmatan e-mel seperti Gmail atau Yahoo! Mail.

Sumber: mcmc

Baca juga:

  • Apple M2 Rasmi – Prestasi Dipertingkat Tapi Penggunaan Tenaga Masih Efisien
  • MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu
  • iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress