Dengan mengalahkan 15 pasukan lain, satu-satunya wakil dari Indonesia, Bigotren Red Aliens (RA) telah muncul juara sebagai pasukan terbaik PUBG Mobil untuk PMCO Global Final.
Perlawanan PMCO tersebut berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur bermula dari 29 November sehingga 1 Disember hari ini. Selama 3 hari ini, Bigetron mengumpul sebanyak 5 kali Winner Winner Chicken Dinner sepanjang 16 pusingan peta permainan.
Pada hari pertama Bigetron mendahului carta dengan 1 WWDC, hari kedua menggila dengan 3 WWDC, menjarakkan mata dengan pasukan pesaing terdekat, dan hari ketiga dengan 1 WWDC sahaja.
Secara keseluruhannya, Bigetron RA berjaya meraih 303 mata terkumpul iaitu sejauh 106 mata di hadapan pasukan naib juara TOP Esport (197), diikuti MEGA Conqueror (191) pada tempat ketiga.
The overall standings after 16 grueling matches in 3 intense days for the #PMCO2019 Fall Split Global Finals, sponsored by #Vivo! You have your Top 3 representing teams, @TOP_Esports_ & @MEGAEsportsSEA with @realbigetron claiming the World Championship in 1st place! #BeTheOne pic.twitter.com/NDHRBFIqhP
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) December 1, 2019
Dengan kejayaan ini, Bigetron RA membawa pulang hadiah juara PMCO bernilai 180,000USD atau sekitar RM751,770. Pasukan TOP Esport (China) membawa pulang 105,000USD, manakala pasukan MEGA Conqueror (Thailand) pula membawa pulang 105,000USD.
Menambah menarik lagi adalah, pasukan Bigetron terdiri dari kembar Luxxy dan Zuxxy. Sebagai MVP kejuaraan, Zuxxy telah dipilih menjadikan bukti bahawa terdapat kuasa kembar (twin power) yang menjadi nadi kepada pasukan Bigetron RA ini.
Dengan 42 kill, ia merupakan jumlah kill terbanyak dan selayaknya dinobatkan sebagai MVP kejuaraan ini.
This is RIDICULOUS. @realbigetron is thoroughly destroying the world's best competition. This is the most dominant performance in @PUBGMOBILE history. Luxxy & Zuxxy leading the way… Insane boys! pic.twitter.com/leyKkLfz4u
— Powerbang (@PowerbangGaming) December 1, 2019
Wakil dari Malaysia iaitu Yoodoo Gank pula meraih tempat kesebelas dengan hadiah wang tunai 4,000USD.
Sebelum ini, pasukan TOP Esport merupakan juara bertahan ketika Spring Split Final Global dengan pasukan Bigotren mendapat tempat kelima ketika itu.