Lambakan telefon pintar dalam pasaran negara kita sekarang ini didominasi oleh pengeluar asal China. Mungkin kalau ditanya mengenai Infinix, ada yang geleng kepala tidak pernah dengar.

Sedia menawarkan beberapa telefon pintar pada harga berpatutan, Infinix kini menyatakan mereka akan membawa masuk sebuah telefon ‘gaming’ ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Model yang dimaksudkan adalah Infinix Hot 10S. Ia merupakan ahli baru dalam Hot10 sedia ada, dimana kali ini bakal tampil dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G85.

Selain itu, ia juga tampil dengan kolaborasi bersama permainan mudah alih popular iaitu Mobile Legends Bang Bang. Menariknya, terdapat jugaedisi terhad dengan kemasan Mobile Legends pada bahagian panel belakang telefon pintar terbabit.

Antara spesifikasi lain yang boleh didapati pada Infinix Hot 10S adalah RAM 6GB, storan sehingga 128GB, bateri sebesar 6000mAh dan skrin 6.82 inci bersama-sama kadar segar semula 90Hz.

Keupayaan kamera pula digalas oleh 48MP + 2MP dibelakang manakala hadapan pula kamera 8MP. Buat masa sekarang harga belum didedahkan lagi, tetapi bagi yang berminat ia hanya dijual secara eksklusif di Shopee pada 13 Julai ini. Bagi yang dah tak sabar-sabar pula, boleh mula add to cart seawal 7 Julai ini.

 

Boleh beli Infinix Hot 10S disini:
https://invol.co/cl4se34