iQOO merupakan sebuah jenama di bawah naungan vivo pada permulaannya. Walaupun mereka sudah meencapai usia 2 tahun, iQOO masih lagi terhad buat pasaran China dan India sahaja.

Kini, jenama tersebut telah mempunyai akaun Facebook rasminya dan mengacah peminat tempatan akan kehadirannya. Pun begitu, mereka masih tidak mendedahkan bilakah mereka akan mendarat secara rasmi di Malaysia.

Melalui ketibaan iQOO, ia nampaknya bakal memberi saingan yang kuat kepada jenama-jenama lain. Hal ini kerana telefon pintar iQOO sering menawarkan spesifikasi yang baik tetapi harga yang mampu menggugat nafsu pengguna.

Oleh yang demikian, adakah anda gembira dengan kedatangan iQOO? Buat masa sekarang, telefon andalan terbaharu mereka adalah iQOO 7 Legend.

Sumber: iQOOMY