MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) memaklumkan bahawa mereka bakal melancarkan satelit baru ke orbit Bumi pada 22 Jun ini.
Satelit yang dinamakan sebagai MEASAT-3d itu bakal dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 dari tapak pelancaran European Spaceport di Kourou, French Guiana.
Satelit seberat 5,648 kg itu direka dengan jangka hayat sehingga 18 tahun perkhidmatan.
MEASAT-3d merupakan satelit komunikasi ke-10 negara yang akan menggnatikan satelit-satelit yang sudah ‘mati’ seperti Measat-1 dan Measat-2 yang telah dilancarkan pada tahun 1996 dahulu.
MEASAT-3d yang dibangunkan oleh Airbus dianggarkan berharga RM1.2 bilion.
Measat berkata, satelit komunikasi terbaru ini akan menghubungkan 10,000 lokasi dengan memberikan perkhidmatan jalur lebar menerusi servis CONNECTme NOW kepada 2 juta pengguna yang berada di dalam kawasan pedalaman.
Sumber: Measat Global Berhad, Agensi Angkasa Malaysia
Baca juga: