Hasil gambar yang diterima dari satelit Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) menunjukkan sesuatu yang luar biasa berlaku dipermukaan lingkaran Artik yang terletak di dalam Siberia, Russia.

Ia selepas foto yang diambil satelit Sentinel NASA menunjukkan betapa panasnya permukaan di lingkaran yang sepatutnya kawasan bersejuk ektsrim tetapi salah satu daerah di dalam lingkaran itu didapati merekodkan suhu sehingga 118 darjah farenheit atau bersamaan dengan 48 darjah selsius.

NASA menyatakan bahawa suhu dipermukaan daratan adalah tidak sama sepertimana suhu udara dan ia termasuklah suhu harian yang dilaporkan.

Para saintis kini sedang memonitor suhu permukaan bumi kerana berlaku peningkatan suhu pada lanskap bumi.

Mereka mengkaji kesan peningkatan suhu permukaan bumi terhadap cuaca bumi dan kesan gas rumah hijau terhadap glasier, ais dan ekosistem bumi keseluruhannya.

Sumber: NASA

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer

Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global