MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) hari ini mengumumkan satelit MEASAT-3 yang menghadapi masalah kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit tersebut sejak 21 Jun lalu adalah masih berada dalam kawalan pusat kawalan MEASAT.

Walaubagaimanapun, siasatan mendalam mengenai punca sebenar kepada insiden itu masih dijalankan oleh pihak Boeing Satellite Systems (“BSS”).

MEASAT juga memaklumkan setakat ini, hampir semua perkhidmatan yang bergantung kepada MEASAT-3 telah pun berjaya dipulihkan dengan menggunakan bantuan satelit MEASAT lain serta satelit pihak ketiga.

Transponder satelit MEASAT-3 juga telah dimatikan fungsinya buat masa ini bagi mengelakkan gangguan isyarat terhadap satelit lain.

MEASAT juga telah memaklumkan kepada Combined Space Operations Centre (CSpOC) serta operator satelit lain menerusi Space-Track bagi menjejaki dan memaklumkan kedudukan semasa satelit MEASAT-3 tersebut di orbit.

Liputan global dari pemancar satelit MEASAT-3. Kredit: MEASAT

Satelit MEASAT-3 adalah sebuah satelit komunikasi yang seberat 4,765kg. Ia dibangunkan oleh Boeing Satellite System International Inc. dan telah dilancarkan pada 12 Disember 2006 dahulu dan mempunyai jangka hayat perkhidmatan sehingga 15 tahun.

Sumber: MEASAT

Baca juga: Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai