Pada tahun 1965 dahulu, Agensi angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah pun melancarkan satelit komersil komunikasi pertama di dunia yang dikenali sebagai Early Bird atau juga dikenali dengan nama Intelsat I.

Tetapi kini, giliran Agensi Angkasa Eropah (ESA) pula bersedia untuk melancarkan satelit komersial pertama di dunia yang boleh diprogramkan semula sepenuhnya.

Satelit yang namakan sebagai Eutelsat Quantum (Quantum) merupakan sebuah satelit yang tidak bersifat tetap dan akan memberikan perkhidmatan meliputi Afrika Barat hingga Asia.

Bermakna teknologi perisian satelit itu boleh dikemas kini bagi menyesuaikan mengikut permintaan pelanggannya.

Satelit yang boleh diprogramkan semula ini ketika ia mengorbit dalam posisi tetap 35,000 kilometer (km) di atas bumi dan mampu beroperasi selama 15 tahun.

Quantum dijadualkan akan dilancarkan ke angkasa lepas pada 30 Julai 2021 jam 10.00 malam (waktu Eropah) yang boleh ditopnton secara langsung menerusi laman rasmi ESA.

Sumber: NDTV

Baca juga: Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai