Beberapa hari kebelakangan ini, siri peranti andalan Xiaomi Mi 11 semakin hangat diperkatakan. Terbaru, sarung pelindung Mi 11 Pro pula didakwa telah tertiris.
Melalui sarung pelindung tersebut, ia secara tidak langsung memperlihatkan rekaan modul kamera Mi 11 Pro. Hadir dengan tetapan empat kamera, ia diletakkan secara melintang/horizontal pada sudut kiri.
Tidak dapat dipastikan kesahihan imej yang didedahkan. Boleh jadi ia hanyalah rekaan yang dibuat oleh peminat. Terdahulu, laporan Ben Geskin pada minggu lalu turut memperlihatkan rekaan Mi 11 dengan modul kamera yang berlainan dari Mi 11 Pro. Ia dimuatkan dengan tetapan tiga kamera serta sisi melengkung.
Here's what the Xiaomi #Mi11 might look like 👀
What do you think?
(concept based on leaks) pic.twitter.com/PhpECb7R6F
— Ben Geskin (@BenGeskin) December 3, 2020
Peranti ini juga dilaporkan akan dilengkapi skrin dengan resolusi 2K serta paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto. Ia juga dijangka menyokong kadar segar semula 120Hz.
Bagaimanapun, pada masa ini ia merupakan spekulasi awal sahaja dan lebih banyak maklumat rasmi akan didedahkan oleh Xiaomi.
Dalam pada itu, Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan Mi 11 akan menjadi peranti pertama yang akan dilancarkan dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888. Tarikh pelancarannya masih lagi belum diketahui, namun apa yang pasti ianya semakin hampir.
Sumber: GizmoChina