Dalam sebuah kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) semalam, terdapat usaha menbangunkan 742 menara telekomunikasi baharu di Sarawak.
Menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), usaha pembinaan ini bertujuan menaik taraf liputan internet di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sarawak.
Sebanyak 106 menara telah mula dibangunkan setakat ini dengan penambahan perkhidmatan 4G. Manakala baki pembinaan akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka siap pada suku keempat 2022.
Menurut MCMC, terdapat 1,606 stesen pemancar lagi untuk dinaiktaraf ke perkhidmatan 4G pada tahun ini.
Tambah MCMC menurut laporan Bernama, “Di bawah inisiatif JENDELA juga, MCMC turu membangunkan inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui satelit yang sejumlah 523 lokasi telah dikenal pasti di Sarawak dan kini sedang di peringkat penilaian tender,”.
MCMC juga ingin menyediakan perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi ke 43,013 premis di Sarawak.
Sumber: Bernama