Kebiasaannya Samsung akan mulakan tahun baru dengan memperkenalkan barisan TV baharu. Kini, syarikat gergasi dari Korea Selatan itu telah mengumumkan acara First Look 2021 yang akan diadakan pada 6 Januari 2021.

Dalam acara ini, kita mungkin dijanjikan dengan teknologi paparan baharu daripada Samsung dimana syarikat ini merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pembuatan paparan.

Selain itu, Samsung dijangka akan melancarkan teknologi MicroLED, MiniLED serta 4K dan 8K QLED TV dalam acara ini. Kemungkinan juga teknologi paparan boleh gulung atau fleksibel akan diumumkan.

Bagi peminat telefon pintar, Samsung tidak akan mengumumkannya semasa acara ini tetapi ia bakal dilancarkan dalam acara yang dijadualkan pada 14 Januari iaitu barisan siri Galaxy S21.

Sumber: Samsung, samMobile