Pihak Samsung kini telah melancarkan produk Galaxy Tab mereka yang terbaru di Malaysia iaitu Galaxy Tab A9 dan A9 Plus.
Galaxy Tab A9 dan A9 Plus ini hadir dengan tiga jenis warna iaitu Graphite, Silver dan Navy. Selain itu, peranti ini juga disediakan bersama sarung pelindung dan sarung pelindung dengan papan kekunci yang dijual dengan harga yang berasingan.
Galaxy Tab A9
Dengan paparan selebar 8.7 inci, peranti ini dilengkapi dengan LCD yang berkadar segar semula 60Hz dan resolusi 1,340 x 800. Tablet ini menggunakan pemproses MediaTek Helio G99 dan datang dengan storan 4GB RAM + 64GB. Kad mikro SD 1TB dijual berasingan.
Kamera belakang bersaiz 8MP dan kamera depan pula 2MP. Diikuti dengan bateri berkapasiti 5,100mAh, peranti ini menyokong Bluetooth 5.3 serta ketersambungan 4G LTE dan Wi-Fi. Peranti ini juga menjalankan Android 13.
Galaxy Tab A9 4G LTE (4GB RAM + 64GB) ini boleh dimiliki dengan harga RM899.
Galaxy Tab A9 Plus
Tablet ini hadir dengan paparan selebar 11 inci dan dilengkapi dengan LCD berkadar segar semula 90Hz serta resolusi 1,920 x 1,200. Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 695 dan konfigurasi 4GB RAM + 64GB storan. Kad mikro SD 1TB juga dijual berasingan.
Kualiti kamera yang digunakan bagi kamera belakang ialah 8MP dan 5MP untuk kamera depan. Bateri yang digunakan berkapasiti 7,040mAh dan menyokong Bluetooth 5.1 serta sambungan 5G dan Wi-Fi. Peranti ini juga menjalankan Android 13. Selain itu, tablet ini mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dan menyokong Samsung DeX.
- Galaxy Tab A9+ WiFi (4GB RAM +64GB) = RM1,099
- Galaxy Tab A9+ 5G (4GB RAM +64GB) = RM1,649
Bermula hari ini sehingga 30 November 2023, Samsung Malaysia membuat promosi 3 bulan Viu Premium dan 30% potongan untuk Samsung Care+ dan Samsung Accessories yang terpilih.
Anda boleh membeli peranti siri Galaxy Tab A9 ini di laman web rasmi Samsung.
{suggest}
- Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk0rig
- Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk0rim
Sumber: Samsung Newsroom Malaysia