Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung saman kalis air, sumber: Mobile Syrup

Samsung Sedang Menguji One UI 5.1 Pada Siri Galaxy S22

Posted on Disember 29, 2022Disember 29, 2022

Sebelum ini, Samsung memperkenalkan One UI 5.0 di mana ia mempunyai lebih banyak ciri menarik untuk meningkatkan Android 13.

Kini, Samsung kelihatan sedang menguji versi One UI yang baharu pada siri Galaxy S22, S22 Plus, dan S22 Ultra. Versi One UI ini masih lagi berdasarkan Android 13 dan dijangka akan tersedia untuk peranti Samsung.

Samsung Galaxy S22 Ultra One UI 5.1 reportedly testing #Samsung #GalaxyS22 #GalaxyS22Ultra pic.twitter.com/YWpkmPZ1kc

— Samsung One UI Software Updates (@SamSWUpdate) December 27, 2022

Walaupun ciri ini sedang diuji, ia agak mustahil untuk tersedia dalam Galaxy S23 yang bakal hadir pada 2023.

Ini kerana ciri dan kelebihan yang ada pada One UI 5.1 masih lagi belum diketahui dan ciri tersebut dijangka masih belum stabil.

{suggest}

Samsung telah menjanjikan kemas kini perisian yang lebih bagus. One UI 5.1 mungkin dapat memberi lebih banyak kelebihan serta tetapan yang boleh diubah sesuai dan lebih bagus daripada One UI 5.0.

Sumber: AndroidPolice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress